If you love me, let me go and run away before I know.............
My heart is just too dark to care. I can't destroy what isn't there.............

Tanah Tumpahnya Darahku..

Tuesday, May 24, 2011


Korang minat bola? kalau korang minat bola korang pasti tau team negara kite skrg sedikit demi sedikit semakin meningkat semula dalam kancah antarabangsa. Dari juara Sukan SEA sampailah juara Piala AFF Suzuki tahun ni. Pemain2 kite sekarang semakin sedar yg negara kite ketagihkan sesuatu yg boleh dibanggakan dalam arena sukan antarabangsa selain Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole David. 

Peningkatan skuad bola sepak kebangsaan ni boleh dikatakan secara tiba2. Ramai rakyat yg masih "sceptic" dan anggap ini cuma sekadar nasib dan kite akan tetap jadi pasukan belasahan. Tapi bagi aku tu tak betul. Aku menyokong skuad bola sepak negara sejak dulu lagi. Rajin gak pergi tengok dieorg lawan kat stadium walaupun jauh. sebab aku kat Melaka. Perlawanan kebanyakkannye diadakan kat Kuala Lumpur atau Shah Alam. So kenelah aku naik KL untuk tgk.

Pointnye di sini adelah kalau korang bagi sokongan dan mengikuti betul2 perkembangan skuad bola sepak kite, korang akan nampak betape dieorg sekarang ni mmg lebih matang dan tak mustahil kite boleh layak ke Sukan Olimpik 2012 di London nanti. Nak mengharapkan layak ke piala dunia tu agak keterlaluan. Kite perlu realistik.




Ape2 pun aku harap korang bglah sokongan dan kalau berkesempatan tu pergilah ke stadium tengok game yg skuad negara kite main. Harga tiket pun tak seberapa. Dan aku rase korang takkan hampa. Lebih2 lagi mcm game2 yg besar seperti semi final ataupun final PestaBola Merdeka mahupun Piala AFF Suzuki. Waktu aku pergi semi final dan final pertama kat Stadium Bukit Jalil hari tu, tak pernah aku rase suasana seperti tu. 



90 ribu org dalam stadium menyanyikan lagu Negaraku, korang bayangkanlah! Tak pernah stadium tu sepenuh macam waktu tu. Meremang bulu roma. mampu menitiskan air mata. Macam pergi berperang untuk negara rasenye. Semua pakai jersi Malaysia. Sampaikan jersi Malaysia habis dijual kat area KL time tu (anak buah aku mencari kat uptown, downtown semua abis. sampai ke Shah Alam mencari. dapat pun harga melambung naik). Kat stadium tu macam2 orang ade. Tak kirelah Melayu, Cina, India, semuanye pakai jersi Malaysia. ade yg bawa anak isteri dan mak bapak hari tu. Suasana mcm tu memang aku ketagihkan dan akan aku carik lagi jika diberi peluang. Sesiapa yg ade pada malam tu, mereka tau ape yg aku maksudkan. Bile aku pikirkan ni pun aku dah meremang rase. Terbayang saat indah tu. Kalau aku boleh kongsikan ape yg aku rase pada korang skrg aku dah buat dah. Memang istimewa gila perasaan tu dan aku harap korang pun dapat rasekannye satu hari nanti. 



Terima kasih kepada Abg Shahril, Zairul, Ammarsoffi dan rakan2 yg lain yg meluangkan masa utk pergi berjuang membantu pasukan negara kite. Memang tak pernah kite impikan dapat berada dalam suasana seindah tu. Lain kali kite pergi lagi k!



Bulan Jun ni skuad bola sepak kite agak sibuk dgn perlawanan persahabatan menentang Hong Kong dan Myanmar serta kedatangan pasukan Arsenal, Liverpool dan chelsea ke Malaysia. Selepas tu kite akan menentang Taiwan dlm kelayakkan piala dunia 2014 serta menentang Lebanon dlm kelayakkan olimpik 2012. jika menang kite bakal bertemu Singapura pula.

Jadi apa lagi! Sama2lah kite bg sokongan pada pasukan kite. Kalau bukan kite yg menyokong skuad bola sepak kite siapa lagi.

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU, MALAYSIA!

1 comments:

Sazali Mohamad said...

saat yg sangat2 tak dpt dilupakan!

Post a Comment