Pada 1 julai ni 2011 ni stesen keretapi ni takkan beroperasi lagi. Stesen ni akan ditutup dan imigresen dan kastam Malaysia akan berpindah ke Woodlands yang merupakan pintu masuk ke Singapura dari Malaysia sebab keretapi dari Malaysia akan tamat di sana selepas ni. Tanah yang dulu milik Keretapi Tanah Melayu Bhd ni akan menjadi milik Singapura pula.
Aku taknak sentuh banyak sangat pasal 'deal' di antara kerajaan Malaysia dgn kerajaan Singapura ni. Yang aku boleh cakap cuma ianya dilakukan tanpa mintak pandangan rakyat kedua2 negara. Bila ianya diumumkan pada 24 mei 2010 barulah semua orang tau.
Waktu aku kat Singapura hari tu abg saudara aku, "Abang Lan" yang duduk kat Singapura ni pun bawalah aku pergi tengok Stesen Keretapi Tanjong Pagar ni. Waktu aku pergi melawat tu, aku terperanjat tengok stesen ni tak mcm stesen keretapi. ramai sungguh orang. Bukan nak naik keretapi, cuma datang nak ambik gambar, makan dan minum kat kedai kopi yang ade kat stesen tu dan pusing2 tengok bangunan. Aku dapat rasakan bukan aku sorang je yang rase sedih dan suram. Orang cina, india, melayu semua ade time tu. Semua macam melayan feel sedih yang tempat tu lepas ni takda lagi.
Sambil aku ambik gambar aku lepaklah kat kedai kopi yang ada kat situ. Memang 'olskool' kedai kopi tu. Rasa mcm duduk kat zaman hitam putih. Bukan sebab apa, cuma suasana kat sana kite dapat rasakan yang ianya tak pernah berubah walaupun bangunan tu dah berusia 88 tahun. Papan tanda kat sana pun bila aku tengok memang rasa mcm tak pernah ditukar. Memang retro habis!
Dari apa yang aku dapat tau dari Abang Lan aku, pengurup wang yang beroperasi kat sini adalah turun temurun dari 3 generasi. Aku rasa kedai kopi tu pun lebih kurang sama kot. Sayangnya money changer ni tutup. Kalau tak aku dah interview owner dia dah. hehehe..
Reka bentuk bangunan ni memang unik sikit sebab kat bahagian depan ada patung, kat bahagian dalam ada lukisan2 dan lambang2. Memang nampak macam dari zaman british dululah. Kaunter tiket dan layout di dalam bangunan stesen ni memang mengekalkan keaslian sejarahnya.
Kerajaan Singapura dah janji yang bangunan ni takkan dirobohkan. Akan dijadikan muzium. Memang patutlah dibuat begitu sebab bangunan ni mempunyai aspek sejarah yang mengaitkan dua negara. bukan hanya satu. tapi rasanya kuarters2 pegawai dan pekerja yang ada bersebelahan akan diruntuhkan untuk dibangunkan semula oleh kerajaan singapura.
Apa2 pun Stesen Keretapi Tanjong Pagar akan terpahat dalam buku sejarah kedua2 negara kerana nilai sejarahnya amatlah tinggi. Kisah2 orang tua2 kita tentang jalinan saudara mara yang ada antara saudara kita di Malaysia dan Singapura takkan ada tanpa stesen keretapi ni. Akhir kata, Terima Kasih Tanjong Pagar. Kau tetap akan dalam kenangan rakyat Malaysia. :-) Assalamualaikum..



