If you love me, let me go and run away before I know.............
My heart is just too dark to care. I can't destroy what isn't there.............

Get well soon, ROBOCOP!

Tuesday, February 8, 2011

Masih ingatkah korang dgn kemalangan Robert Kubica dlm Formula 1 Canadian grand prix 2007? kalau korang peminat setia F1 pasti korang ingat. kemalangan yg amat30x 'spectacular!' nak tgk leh search kat youtube! lebih menakjubkan lg, setahun lps tu di litar yg sama Kubica menang perlumbaan pertama dia! amazing~
Dalam kemalangan ni, Kubica cuma terseliuh kaki dan agak terkejut.. tu je... tapi pisang tak berbuah dua kali, kan? or is it? hmm..

Tapi pada 6 februari 2011 yg lps dunia dikejutkan lg dgn kisah kemalangan robert kubica sewaktu mengambil bahagian dlm Ronde di Andora Rally. dia mmg minat rally walaupun dia pemandu f1. waktu kemalangan tu dia bawak kereta skoda super2000. kereta dia langgar tembok sebuah gereja then merempuh penghadang jalan. cuba tgk gambar bawah ni..
penghadang jalan tu merobek bahagian depan kereta dia. giler kan?? pastu tgk plak kat mane penghadang jalan tu keluar..

kat bonet belakang dia! GILER TAHAP GABAN!!!

Kubica terperangkap di dalam kereta tu selama hampir sejam sebelum ahli kecemasan dapat mengeluarkan dia dr bangkai kereta dia. Kubica dikejarkan ke hospital naik helikopter. kat hospital doktor sahkan dia mengalami kecederaan teruk kat sebelah kanan badan. tangan dia paling teruk sbb hampir putus sbb dia merempuh penghadang jalan dlm kelajuan yg agak laju sampai penghadang jalan tu merobek masuk ke dlm kereta dia dan kene bahagian kanan badan dia..

Kubica hilang 5 - 6 liter darah waktu kemalangan tu dan keadaan die amat kritikal. tujuh org doktor mengambil masa tujuh jam utk menyelamatkan nyawa die dgn wat beberapa pembedahan. doktor berjaya selamatkan tangan kanan die dr dipotong. tapi die kene hadapi beberapa lg pembedahan lps ni. Kubica dijangka tak sempat pulih utk beraksi dlm musim F1 2011. agak sedih sbb ramai yg menantikan kelibat dia dlm team yg br ditukar nama. pasukan yg dulunye dikenali sbg RENAULT F1 TEAM skrg dikenali sbg LOTUS RENAULT GP.
Nice!

Lotus (anak syarikat PROTON) dah beli saham dlm RENAULT F1 TEAM tu.
warna kereta pun dah mcm warna kereta Lotus-renault F1 zaman2 Aryton Senna dulu. (nak tau pasal Aryton Senna boleh baca posting pertama skali dlm blog ni. he is the greatest driver that F1 had ever seen. forget your Schumacher, your Hakkinen. Senna is the man.)


(bile tgk btl2 lebih krg same mcm kereta PROTON SAVVY aku! handling by Lotus, enjin RENAULT, rim O.Z. Racing! hahaha..

Ape yg membuat ramai peminat terkilan dan sedih, dlm ujian F1 yg dilakukan beberapa hari sebelum kemalangan tu, Kubica mencatat masa terpantas dikalangan semua pasukan F1 yg mengambil bahagian tahun ini. Kubica berjaya mengatasi ferrari, mclaren, williams, redbull dan lain2. dia dijangka bakal menjadi pencabar bg title juara Formula 1 thn ini. very talented. tgk cara dia bawak kereta dah boleh nampak. very aggressive, tapi dlm masa yg sama bijak. tapi apakan daya, dah takdir..

berita terkini yg aku dapat Kubica dah dapat gerakkan sikit jari tangan dia dan beransur pulih walaupun bakal mengambil masa yg lama. semoga cepat sembuh ROBOCOP! semoga cpt sembuh dan kembali cemerlang dlm formula 1!