If you love me, let me go and run away before I know.............
My heart is just too dark to care. I can't destroy what isn't there.............

Boboiku dan Hari Raya~

Wednesday, August 17, 2011

Aku sebenarnye dah lama tak update blog aku ni. tapi disebabkan beberapa peristiwa yg telah aku lalui sebulan dua ni membuat aku menjauhkan diri seketika dgn teknologi. hehe.. Aku sebenarnye tatau nak bebel ape kali ni. Just nak bagitau yg kete aku kat bengkel skrg. So aku rindu sgt dgn boboi aku tu.

Boboi bakal mendapat jantung baru setelah jantung boboi di'donate'kan kepada yg memerlukan. Walaupun begitu boboi bakal beraksi dgn lebih bertenaga selepas ni dgn jantung barunya. Nanti kalau aku senang aku uploadkan beberapa gambar boboi semasa di bilik bedah Hospital Mael Lambong, di Permatang Pasir. hehehe.. Ketiadaan boboi beberapa minggu ni membuatkan aku tak lena tido dan tak lalu mkn McD. Aku cuma mkn KFC je. Nanti aku akan update cerita tentang boboi di coretan yg akan datang.

Apa2 pun aku mengambil kesempatan ni utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada yg mengenali diri aku. Jemput datang rumah raya ni ye. Terima kasih. Assalamualaikum..

Selamat Tinggal, Tanjong Pagar..

Thursday, June 30, 2011




Stesen Keretapi Tanjong Pagar yang terletak di bahagian selatan pinggir Bandaraya Singapura ni siap dibina tahun 1923. Designer dia Rudolfo Nolli yang juga turut design Jambatan Elgin yang merentasi Sungai Singapura dan bangunan lama Mahkamah Tinggi Singapura. So dia ni mmg pandai design2..





Pada 1 julai ni 2011 ni stesen keretapi ni takkan beroperasi lagi. Stesen ni akan ditutup dan imigresen dan kastam Malaysia akan berpindah ke Woodlands yang merupakan pintu masuk ke Singapura dari Malaysia sebab keretapi dari Malaysia akan tamat di sana selepas ni. Tanah yang dulu milik Keretapi Tanah Melayu Bhd ni akan menjadi milik Singapura pula.



Aku taknak sentuh banyak sangat pasal 'deal' di antara kerajaan Malaysia dgn kerajaan Singapura ni. Yang aku boleh cakap cuma ianya dilakukan tanpa mintak pandangan rakyat kedua2 negara. Bila ianya diumumkan pada 24 mei 2010 barulah semua orang tau.

Waktu aku kat Singapura hari tu abg saudara aku, "Abang Lan" yang duduk kat Singapura ni pun bawalah aku pergi tengok Stesen Keretapi Tanjong Pagar ni. Waktu aku pergi melawat tu, aku terperanjat tengok stesen ni tak mcm stesen keretapi. ramai sungguh orang. Bukan nak naik keretapi, cuma datang nak ambik gambar, makan dan minum kat kedai kopi yang ade kat stesen tu dan pusing2 tengok bangunan. Aku dapat rasakan bukan aku sorang je yang rase sedih dan suram. Orang cina, india, melayu semua ade time tu. Semua macam melayan feel sedih yang tempat tu lepas ni takda lagi.


Aku bukan apa, aku cukup ramai saudara mara di Singapura dan bila makcik dan pakcik saudara bercerita betape pentingnya Stesen Keretapi Tanjong Pagar tu sewaktu zaman mereka muda dulu aku dapat rasakan betape stesen ni meninggalkan kesan yang mendalam pada yang menggunakannya. Ye lah, dulu tak ramai orang ade kereta dan kalau naik bas akan bertukar2 bas jadi ramai yang naik keretapi untuk berjumpa anak2 yang ditinggalkan di kampung dan balik jumpa saudara mara di Malaysia.




Sambil aku ambik gambar aku lepaklah kat kedai kopi yang ada kat situ. Memang 'olskool' kedai kopi tu. Rasa mcm duduk kat zaman hitam putih. Bukan sebab apa, cuma suasana kat sana kite dapat rasakan yang ianya tak pernah berubah walaupun bangunan tu dah berusia 88 tahun. Papan tanda kat sana pun bila aku tengok memang rasa mcm tak pernah ditukar. Memang retro habis!





Dari apa yang aku dapat tau dari Abang Lan aku, pengurup wang yang beroperasi kat sini adalah turun temurun dari 3 generasi. Aku rasa kedai kopi tu pun lebih kurang sama kot. Sayangnya money changer ni tutup. Kalau tak aku dah interview owner dia dah. hehehe..






Reka bentuk bangunan ni memang unik sikit sebab kat bahagian depan ada patung, kat bahagian dalam ada lukisan2 dan lambang2. Memang nampak macam dari zaman british dululah. Kaunter tiket dan layout di dalam bangunan stesen ni memang mengekalkan keaslian sejarahnya.



Kerajaan Singapura dah janji yang bangunan ni takkan dirobohkan. Akan dijadikan muzium. Memang patutlah dibuat begitu sebab bangunan ni mempunyai aspek sejarah yang mengaitkan dua negara. bukan hanya satu. tapi rasanya kuarters2 pegawai dan pekerja yang ada bersebelahan akan diruntuhkan untuk dibangunkan semula oleh kerajaan singapura.


Apa2 pun Stesen Keretapi Tanjong Pagar akan terpahat dalam buku sejarah kedua2 negara kerana nilai sejarahnya amatlah tinggi. Kisah2 orang tua2 kita tentang jalinan saudara mara yang ada antara saudara kita di Malaysia dan Singapura takkan ada tanpa stesen keretapi ni. Akhir kata, Terima Kasih Tanjong Pagar. Kau tetap akan dalam kenangan rakyat Malaysia. :-) Assalamualaikum..

Tanah Tumpahnya Darahku..

Tuesday, May 24, 2011


Korang minat bola? kalau korang minat bola korang pasti tau team negara kite skrg sedikit demi sedikit semakin meningkat semula dalam kancah antarabangsa. Dari juara Sukan SEA sampailah juara Piala AFF Suzuki tahun ni. Pemain2 kite sekarang semakin sedar yg negara kite ketagihkan sesuatu yg boleh dibanggakan dalam arena sukan antarabangsa selain Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole David. 

Peningkatan skuad bola sepak kebangsaan ni boleh dikatakan secara tiba2. Ramai rakyat yg masih "sceptic" dan anggap ini cuma sekadar nasib dan kite akan tetap jadi pasukan belasahan. Tapi bagi aku tu tak betul. Aku menyokong skuad bola sepak negara sejak dulu lagi. Rajin gak pergi tengok dieorg lawan kat stadium walaupun jauh. sebab aku kat Melaka. Perlawanan kebanyakkannye diadakan kat Kuala Lumpur atau Shah Alam. So kenelah aku naik KL untuk tgk.

Pointnye di sini adelah kalau korang bagi sokongan dan mengikuti betul2 perkembangan skuad bola sepak kite, korang akan nampak betape dieorg sekarang ni mmg lebih matang dan tak mustahil kite boleh layak ke Sukan Olimpik 2012 di London nanti. Nak mengharapkan layak ke piala dunia tu agak keterlaluan. Kite perlu realistik.




Ape2 pun aku harap korang bglah sokongan dan kalau berkesempatan tu pergilah ke stadium tengok game yg skuad negara kite main. Harga tiket pun tak seberapa. Dan aku rase korang takkan hampa. Lebih2 lagi mcm game2 yg besar seperti semi final ataupun final PestaBola Merdeka mahupun Piala AFF Suzuki. Waktu aku pergi semi final dan final pertama kat Stadium Bukit Jalil hari tu, tak pernah aku rase suasana seperti tu. 



90 ribu org dalam stadium menyanyikan lagu Negaraku, korang bayangkanlah! Tak pernah stadium tu sepenuh macam waktu tu. Meremang bulu roma. mampu menitiskan air mata. Macam pergi berperang untuk negara rasenye. Semua pakai jersi Malaysia. Sampaikan jersi Malaysia habis dijual kat area KL time tu (anak buah aku mencari kat uptown, downtown semua abis. sampai ke Shah Alam mencari. dapat pun harga melambung naik). Kat stadium tu macam2 orang ade. Tak kirelah Melayu, Cina, India, semuanye pakai jersi Malaysia. ade yg bawa anak isteri dan mak bapak hari tu. Suasana mcm tu memang aku ketagihkan dan akan aku carik lagi jika diberi peluang. Sesiapa yg ade pada malam tu, mereka tau ape yg aku maksudkan. Bile aku pikirkan ni pun aku dah meremang rase. Terbayang saat indah tu. Kalau aku boleh kongsikan ape yg aku rase pada korang skrg aku dah buat dah. Memang istimewa gila perasaan tu dan aku harap korang pun dapat rasekannye satu hari nanti. 



Terima kasih kepada Abg Shahril, Zairul, Ammarsoffi dan rakan2 yg lain yg meluangkan masa utk pergi berjuang membantu pasukan negara kite. Memang tak pernah kite impikan dapat berada dalam suasana seindah tu. Lain kali kite pergi lagi k!



Bulan Jun ni skuad bola sepak kite agak sibuk dgn perlawanan persahabatan menentang Hong Kong dan Myanmar serta kedatangan pasukan Arsenal, Liverpool dan chelsea ke Malaysia. Selepas tu kite akan menentang Taiwan dlm kelayakkan piala dunia 2014 serta menentang Lebanon dlm kelayakkan olimpik 2012. jika menang kite bakal bertemu Singapura pula.

Jadi apa lagi! Sama2lah kite bg sokongan pada pasukan kite. Kalau bukan kite yg menyokong skuad bola sepak kite siapa lagi.

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU, MALAYSIA!

Selamat Hari Ibu kpd Emakku, Salmah Binti Talib.

Wednesday, May 18, 2011



Korang semua tau kan hari ibu tu salah satu hari yg bermakne utk ibu2/emak2/mama2/umi2 seluruh dunia. pada aku hari ibu ni sesuai utk spend time and menghargai penat lelah ibu kite membesarkan kite. sebenarnye ari2 leh wat mcm tu, tp hari ibu ni agak istimewa sbb feel die lg best. :-)

aku bukanlah anak yg baik sgt. byk wat salah dgn mak aku. aku jahat, nakal waktu aku bdk2 n remaja dulu. skrg bile dah berakal agak menyesal sbb byk susahkan mak aku tapi nak wat mcm mane. benda dah jd. skrg ni lah masa utk btlkan balik keadaan and wat yg terbaik utk mak.

sebenarnye aku tatau ape nak tulis skrg ni sbb ape yg mak kite wat mmg takkan dapat kite ungkap dan rungkaikan dgn kate2. penat lelah, titik peluh, air mata. Allah je tau betape tingginye darjat seorang ibu dan betape bermaknenye ape yg die wat utk kite.

Moga Allah panjangkan umur mak aku dan sihatkanlah tubuh badannye selalu supaya mak aku dapat tgk and rase bangga bile aku berjaya dlm hidup nanti. sekurang2nye aku taknak kecewakan die mcm zaman remaja dulu. budi mak aku mmg takkan dapat aku balas walaupun aku hidup 1000tahun sekali pun. Allah saje yg dapat balas budi baik mak aku menjaga aku dari kecik sampailah sekarang.

Ya Allah, semoga mak aku sihat selalu dan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnye. dan kau masukkanlah mak aku ke dalam golongan org2 yg beriman. ammin.

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu, Emak, Umi, Mama seluruh dunia..

Majlis Perkahwinan Adik Aku.. (di rumah pengantin perempuan..)

Monday, March 14, 2011

Pada 18 & 19 februari 2011 berlangsungnye majlis perkahwinan adik aku, Mohamad Hafizi dan pasangannye Noorsyafinaz di Palong, Negeri Sembilan. lebih tepat lg kat Palong 11. Jauh tu. Penat jugaklah driving ke sane. Bertolak dr rumah aku dlm pukul 3 ptg, sampai sane dlm pukul 4.30 ptg rasenye.

Gambar2 hantaran..

Sampai2 je ke Palong 11, Kami semua terus je g masjid utk akad nikah sbb dah lps asar time tu.. tapi kene tunggu giliranlah plak. ade org lain nak kawin dulu. hehehe.. so dlm pukul 5 brlah giliran adik aku utk akad nikah.
Pengantin lelaki

Pengantin perempuan



makcik2 sedaraku~


Alhamdulillah, adik aku cemerlang time akad nikah dgn menggunakan selafaz saje tanpa ade re-run atau re-take byk2 kali.. cayalah~

Sekali lafaz je~

Alhamdulillah..






Selepas tu kami semua dijemput ke rumah pengantin perempuan utk mkn2 sikit..


Anip bersama botol susunye~


Anip lg.. hehehe..~

Ayahku bersama isteri2nye.. Hehehe~

Aku yg kepenatan..~

Setelah Anip menghabiskan susunye, serta beberapa cawan air, dan setelah yg lain abis mkn kami ke rumah tumpangan yg disediakan utk berehat. sbb amatlah penat n mlm tu plak akan ade berarak dan kompang.

Disebelah malamnye pula diadakan berarak dan kompang menyambut kedatangan pengantin. diserikan lg dgn bunga api dan org ramai yg dtg tgk..





Anip takmo jalan sendiri sbb br bgn tido time ni..

Selepas tu ade acara tepung tawar utk waris2 pengantin..

Mak aku..







Keesokkan pgnye diadakan majlis kenduri kahwin.. dimulai dgn berarak dan kompang pengantin masuk ke rumah utk bersanding..




Ayah aku~

Kakak kpd mak aku, Mamaku~

Aku bersama pengantin dan pengapit, dan mak ayahku seta saudara maraku..

Mak, ayah dan makcik bersama pengantin..

Selepas tu kami menjamu selera. mkn puas2 sbb lauk die amatlah sedap. hehehe..

Anip bersama datuk nenek dan acunye..~

Anip dan ayamnye...~


anip: bile agaknye aku dapat terkam ayam ni~
Nenek: anip, jgn tenung lama2 ayam tu, kang die idup balik!



Shafiq Daneal SD.. Jurufoto yg berdedikasi.. Tq Shafiq sbb sudi follow family aku! remember, makcik aku minat mata kau! hehehe~

Peace dr Shafiq~


Peace dr Anip jugak~

Ape2 pun hari ni adalah hari yg paling bahagia wat adik aku n hari yg sangat bermakne bg family kami. Terima kasih kpd yg sudi follow g jauh2 ni. Semoga perkahwinan adik aku ni berkekalan dan kekal sampai akhir hayat. mari sama2 kite doakan. ammin~